Preview Teks
Teknik preview teks dirangka khas untuk membantu para pelajar membina pengetahuan latar berkenaan sesuatu topik sebelum memulakan proses membaca. Semasa proses membaca itu berlaku, pembaca akan berupaya menghubungkan perkara yang terdapat dalam pengalaman latarnya dengan bahan yang akan dibaca olehnya (Tierney, 2000). Justeru itu, semakin banyak pengalaman latar yang dimiliki oleh diri pembaca maka semakin luas makna yang akan diperolehi daripada bahan yang dibaca.
Selain itu, Preview Teks membantu pelajar dalam mempelajari bahan yang lebih baik kerana pelajar akan menetapkan tujuan untuk membaca selain turut memberi tumpuan kepada maklumat dan paling penting adalah apabila mereka akan menghubungkan maklumat dalam teks dengan perkara yang telah sedia diketahui (Graves, 2003). Yahya (2008) turut menyatakan hal yang sama iaitu pembaca yang mengetahui maklumat yang ada kaitan dengan teks yang dibaca akan menjadikan pembacaan lebih lancar dan memberi kesan terhadap pemahamannya. Lantaran itu, interaksi baik antara pembaca dan penulis dapat meningkatkan kefahaman pembaca selain dapat menambah pengalaman membaca.
Strategi Pengumpulan Kosa Kata
Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (2007:825), kosa kata ialah keseluruhan kata dalam sesuatu bahasa atau perbendaharaan kata. Kosa kata merupakan aset terpenting dalam mempelajari sesuatu bahasa. Bahasa yang baik bergantung kepada penguasaan kosa kata yang baik. Makna tidak akan dapat diungkapkan dengan sempurna melainkan melalui bahasa yang mengandungi kosa kata. Tahap penguasaan bahasa terletak kepada penguasaan kosa kata. Begitu juga percakapan dalam bahasa tidak akan dapat dicapai melainkan dengan adanya kosa kata yang mencukupi untuk menerangkan sesuatu hal dalam sesuatu situasi.
Penguasaan kosa kata akan dapat dicapai melalui pengumpulan perkataan yang terdapat dalam ayat. Tetapi perlu diingat bahawa menghimpun perkataan semata-mata tidak dapat membantu untuk berkomunikasi dengan baik. Kosa kata hendaklah diambil daripada ayat yang menunjukkan makna penggunaannya dan selalu digunakan. Penguasaan kosa kata yang baik akan menghasilkan satu pembacaan yang berkesan dan komunikasi yang berkualiti.
Tujuan Strategi Pengumpulan Kosa Kata
Strategi ini direka bagi membantu pelajar menjana perbendaharaan kata yang hendak dipelajari dan menggunakan pengetahuan sedia ada pelajar untuk menambah kosa kata mereka.
Prosedur Perlaksanaan Strategi Pengumpulan Kosa kata

Prosedur yang terdapat dalam strategi ini terbahagi kepada empat langkah:
Langkah (1)
Memilih perkataan
Pelajar diminta mencari perkataan yang mereka ingin tahu lebih lanjut daripada bahan bacaan yang diarahkan oleh guru mereka untuk membacanya.
Langkah (2)
Mendifinisi perkataan
Pelajar secara individu atau secara berkumpulan mencadangkan satu atau lebih perkataan yang mereka percaya mereka pelajari dengan lebih mendalam. Bagi setiap perkataan yang dinamakan itu diberi maksud atau definisi dan sebab mereka mencadangkan. Kamus boleh digunakan untuk mencari definisi perkataan yang dicadangkan itu.
Langkah (3)
Memuktamad senarai perkataan
Senarai perkataan yang muktamad diperoleh dengan perbincangan yang lebih lanjut untuk menyenarai pendek perkataan yang mempunyai ciri pendua. Senarai perkataan muktamad ini kemudiannya didefinisikan secara lanjut agar pelajar dapat mencatatkannya ke dalam jurnal perkataan mereka.
Langkah (4)
Memperluas pengetahuan berkaitan perkataan
Aktiviti susulan digunakan untuk membolehkan pelajar memperinci dan memperluaskan makna perkataan dalam senarai perkataan muktamad. Aktiviti susulan ini digunakan untuk setiap perkataan yang terkandung dalam senarai bergantung kesifat dan fungsi perkataan tersebut.
No comments:
Post a Comment